Monday 28 September 2015

Ulama



Mencintai Ulama; "Duduklah kamu didalam majlis yang baik-baik di mana di dalamnya kita boleh melihat dan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh. Para ulama mengatakanpandangan mata orang-orang soleh apabila dia memandang kita ia akan menjadi suatu kesan yang positif di dalam diri kita sehingga yang jahat akan berubah menjadi yang baik."

"Daripada yang buruk akan berubah menjadi cantik dan orang yang jahil akan bertambah ilmunya. Mereka yang duduk di dalam majlis ilmu itu sudah dikategorikan sebagai halaqah ilmu dan ia juga termasuk dalam erti kata lain halaqah zikir iaitu halaqah yang mengingati Allah سبحانه وتعالى. Belajar ilmu dengan orang alim, ulama."

"Menuntut ilmu itu adalah satu cara untuk mengingati Allah bahkan ianya merupakan cara yang mana seseorang itu lebih kenal kepada Allah, lebih kenal kepada hukum hakam dan syariat Allah سبحانه وتعالى. Di dalam majlis ilmu seseorang itu dapat mengetahui bagaimana perjalanan hidupnya sebagai seorang mukmin dalam perjalanan kehidupannya menuju kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Di akhir zaman ini, ada satu kelompok kecil yang timbul. Kelompok kecil yang menyesatkan amalan orang islam. Mengkafirkan orang islam. Mensyirikkan orang islam. Mereka merasakan merekalah yang paling betul, merekalah yang paling sahih. Mereka mengambil ilmu itu tanpa bersanad. Maka kefahaman yang diterima itu adalah salah."

"Natijahnya, yang mengikut ulama imam besar mazhab adalah salah. Majoriti ummat empat mazhab ahlul sunnah wal jamaah tidak betul. Bahkan menyesatkan. Mereka sahaja yang sahih. Ulama dahulu tidak betul. Kerana tidak sependapat dengan mereka, tidak sealiran dengan mereka, yang lain semuanya salah."

"Kenapa ikut ulama? Kenapa tak ikut Al-Quran dan Hadith. Mereka menyesatkan ulama. Terutamanya ulama-ulama yang beraliran daripada tasawuf. Ulama-ulama sufi semuanya sesat. Inilah akhir zaman. Walhal, jika kita memahami mengkaji sejarah islam. Kita akan tahu bahawa agama islam yang sampai ke nusantara ini adalah berkat usaha daripada ulama-ulama sufi, ulama-ulama tasawuf."

"Tidak ada negara dalam dunia ini yang didatangi agama islam itu yang pada mula-mula membawa islam kedalam sesuatu negara itu kalau bukan ulama-ulama sufi. Jika kita buka lembaran sejarah, kita dapati tidak ada negara yang dibawa agama ini kedalamnya kalau bukan ulama-ulama sufi. Sewenang-wenangnya menghukum sesat."

"Kalau bukan ulama-ulama sufi ulama tasawuf ini yang membawa islam siapa lagi. Buka sejarah. Diturki itu, siapa yang membuka turki. Siapa Sultan Muhammad Al-Fateh? Siapa Sultan Salahuddin Al-Ayyubi? Siapa Sheikh Muhammad bin Qassim?"

"Siapa Sheikh Abdul Aziz yang membawa agama ini ke melaka. Siapa Sheikh Muhammad Al-Baghdadi yang membawa agama ini ke kedah dan terengganu. Bukankah mereka ulama-ulama sufi, ulama-ulama tasawuf,"

"Kaji sejarah. Sejarah kedatangan islam. Kita buka lembaran sejarah nusantara, india, samarkand, morocco, afrika. Dari jeddah, hadramaut ke india. Kemudian ke passai ke china ke nusantara. Islam telah sampai ke nusantara sudah lama. Kalau bukan kerana ulama sufi. Fakta sejarah telah digelapkan oleh golongan orientalis yang tidak mahu agama ini yakni agama islam bangkit."

"Agama islam telah masuk ke nusantara sejak zaman dulu lagi. Buktinya ada makam sahabat di sumatera. Ada makam sahabat di china. Buktinya ada. Apabila kita memahami sejarah barulah kita faham yang islam telah sampai ke nusantara sejak sekian lama."

"Kalau bukan usaha dakwah ulama-ulama sufi, ulama tasawuf, yang membawa agama ini diseluruh dunia siapa lagi. Ulama adalah cahaya yang menerangi alam ini. Moga-moga kita dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى sifat kasih sayang dan cinta kepada ulama dan orang-orang soleh."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Source : Raudhatul Muhibbin

Sunday 27 September 2015

Kisah seorang guru menyuruh anak muridnya mengambil air di sungai dengan menggunakan bakul yg kotor


Berulang kali muridnya mengambil air,tapi sia-sia tiada air yang dapat ditadah dalam bakul.Lalu mengadu anak murid itu kepada gurunya,sia-sia saja kerjanya sebab mana boleh isi air dalam bakul.Apa jawab gurunya.., cuba lihat bakul itu,pada mulanya ia sangat kotor...tapi selepas kamu mengambil air dgn menggunakannya yang kamu rasa sia-sia,lihat sekarang bakul itu sudah bersih .Begitulah bandingan membaca al Quran tapi tidak faham,walaupun  tak faham,sebab bacanya berkali-kali ia mampu membersihkan hati daripada kekotoran dosa.

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 3)

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 3): “Arina Amira binti Ahmad Adha , Timbalan Badan Dakwah dan Kerohanian .” Langkahnya diatur berhati-hati ke atas pentas . Watikah diserah...

Saturday 26 September 2015

Menjaga Pandangan




Menjaga Pandangan; "Al-Imam Hasan Al-Basri diwaktu remajanya, sebelum beliau menjadi alim. Sebelum beliau menjadi wali yang zuhud. Beliau adalah seorang yang tampan segak dan sentiasa memakai pakaian yang mahal. Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir dikota tanpa tujuan hidup."

"Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan yang cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori perempuan cantik itu."

"Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya. Kemudian dia berkata; "Tuan terus mengekori saya, Apakah tuan tidak malu?" Hasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. Beliau menjawab; "Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya."

"Jawab perempuan itu; "Allah سبحانه وتعالى mengetahui Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui itu khianatnya pada mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu. Lihat didalam dirinya ada sifat muraqabah. Seolah-olah ada cctv disekelilingnya. Tetapi cctv Allah jauh lebih hebat lagi. Merasa dirinya sentiasa dipantau oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu. Perempuan itu berkata lagi; "Mengapa tuan masih mengikut saya?" Hasan menjawab; "Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik."

"Perempuan itu berkata; "Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu. Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan. Dia berkata; "Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. Dia berkata; "Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."

"Menggigil tubuh badan Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar badan Hasan mendengarnya, dan rasa bagaikan hendak tumbang."

"Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. Perempuan itu berkata; "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan kepada saya itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya mendapat kemuliaan disisi Allah سبحانه وتعالى."

"Jawab Hassan; " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi antara golongan orang-orang yang soleh. Jawab perempuan tersebut;, Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika ramainya orang. Sentiasalah ingat Allah سبحانه وتعالى dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, perbanyakkan istighfar."

"Setelah itu, Al-Imam Hasan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki akhlak yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang mampu mengundang seribu fitnah."

"Itu dizaman imam hasan. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini. Takut dengan murka Allah سبحانه وتعالى, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Oleh kerana itu, Kita hendaklah menjaga pandangan kita. Firman Allah سبحانه وتعالى; "Tundukkanlah pandanganmu wahai kaum lelaki terhadap wanita itu, kerana sering berlaku "panahan syaitan" di matanya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 2)

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 2): Seminggu berlalu . “Dah sihat ?” Kepalanya berpaling sebentar dari buku ditangannya . Farra dan Ina baru turun dari asrama untuk ke...

Tuesday 22 September 2015

Kehidupan


Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT, Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita.

Monday 21 September 2015

Nasihat daripada Habib Abu Bakr Masyhur hafizahullah buat para pelajarnya di Ribat, Yaman. Semoga ia juga bermanfaat buat saya & anda.


===============================================

1. Jika kalian mahu mati dengan husnul khatimah, hendaklah bersabar dengan orang yang bangunkan anda, bersabar dengan orang yang menjaga anda, bersabar dengan perkataan yang menyakitkan anda.

2. Ribat ini akan ditutup suatu hari nanti, Yaman akan kembali seperti zaman penjajahan & kalian akan pulang ke tanahair kalian. Oleh itu, rebutlah peluang masa yang masih ada ini. Jangan buang masa kalian.

3. Kami (Habib) di sini membawa manhaj salafunassoleh, kami membongkar perancangan syaitan yang tampak baik atas nama agama namun bertujuan menjauhkan manusia darinya. Syaitan cuba menjauhkan manusia dari agama atas nama agama.

4. Habib membaca surah al-Qaf ayat 37 & sebuah hadis secara mafhum;

"Hendaklah kalian ketika itu (zaman fitnah) menjaga diri sendiri & tinggalkan urusan orang lain (jangan masuk campur)."

5. Sifat-sifat orang soleh yang dikenali sebagai عباد الرحمن. Boleh rujuk surah al-Furqan ayat 63-68.

6. Habib melafazkan الحمد لله kerana kita bukan golongan musyrikin. Jika ada yang menuduh kita dengan gelaran musyrikin maka CUKUP & MEMADAILAH kita mendoakan hidayah buat mereka. Tidak ada manfaatnya lagi untuk berbincang, berbahas & berdebat dengan mereka itu. Semua itu boleh membuang masa ummah. Seorang menafikan maulid, seorang lagi mempertahankannya. Seorang mempertahankan ziarah kubur, seorang lagi menafikannya. Ini adalah "permainan iblis". Disebabkan perbalahan ini, maka banyak permasalahan yang lagi penting tertangguh atau terhenti.

7. Jika kalian dapat memahami apa yang kami (Habib) bicarakan ini, maka sebenarnya tiada siapa yang mengajak kalian kepada pergaduhan. "Kami tidak mahu kalian menyimpan rasa tidak puas hati terhadap siapa sahaja yang beragama Islam walau sebesar zarrah sekalipun. Walaupun kalian & mereka itu berbeza atas nama (fikrah) apa sekalipun".

8. Kami tidak pernah dengki dengan orang Islam yang solat, tapi kami berasa sangat sedih dengan mereka yang tidak solat. Tatkala kami melihat orang yang bercakap atas nama orang alim untuk mencaci orang lain, bercakap atas nama agama bertujuan membawa konflik dalam ummah maka inilah yang menyesakkan dada-dada kami.

9. Semua ini kami mengetahuinya daripada para masyayikh & Imam kami. Di mana mereka ini tidak pernah sia-siakan nafas (hidup) mereka kecuali sentiasa mengingatkan kami kepada Allah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat.

# Nota mafhum bercampur catatan semula dari terjemahan asal di dalam video di sini ; https://m.youtube.com/watch?sns=fb&v=uMZriiuOsnw

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada ..

Sayap Awak: Tuhan , aku tahu Engkau ada ..: Kakinya melangkah laju . Peluh mula kelihatan dari dahinya . Jam ditangan dijeling . ‘Lambat 10 minit ! Habislah aku kali ni .’ Pint...

Kisah Jihad Seorang Ulama Tua



Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah merupakan seorang ilmuan hadis dan fiqh yang tersohor. Sumbangannya dari segi keilmuan tidak dapat dinafikan. Satu ketika, beliau mendengar seruan jihad fi sabiliLlah. Lalu, beliau tampil untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, komander telah menolak penyertaannya memandangkan usia beliau yang telah tua bahkan telah pun buta sebelah matanya.

Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk turut serta lalu berkata, "Seandainya aku tidak mampu mengangkat senjata, sekurang-kurangnya aku mampu meramaikan bilangan tentera dan menjaga barang-barang!"

Begitulah sikap Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah yang sangat ghairah memperjuangkan agama Allah. Beliau mahu terus menyumbangkan sesuatu untuk Islam sedangkan beliau sudah banyak menyumbang dari segi keilmuan.

Soalan untuk diri masing-masing, "Apa yang aku buat demi Islam?"

(Kisah di atas disebut oleh Imam al-Qurtubi rahimahullah di dalam Tafsirnya, al-Jami' li Ahkamil Quran)
 

Adab



ADAB BERGURU

Adab-adab mulia ketika berguru :
1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan


=======

Hikmah apabila beradab dengan guru :
1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Memperolehi kejayaan dunia dan akhirat
4. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
5. Ilmu yang dipelajari akan berkekalan dan diamalkan
6. Sentiasa terdorong mengamalkan sifat terpuji
7. Minda cerdas dan pantas
8. Terlindung daripada perkara terkeji

=======

Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al-Ghazali :
1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10.Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
11.Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru
meninggalkan majlis.
12.Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

=======

Imam Asy-Syafie pernah mengungkap :
“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”

=======

Antara hak guru yang perlu ditunaikan oleh murid-murid adalah :
1. Merendah diri terhadap guru.
2. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
3. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
7. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
8. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
9. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.
10. Tidak meninggal majlis pengajaran guru sebelum waktunya kecuali uzur syar'i.

Madarijus Salikin: 1/177

Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan :
  • Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melakukan) solat malam, maka jangan engkau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.
  • Bila Allah membukakan bagimu pintu (kemudahan dalam melaksanakan) puasa, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan.
  • Bila Allah membukakan untukmu pintu (kemudahan untuk) berjihad, maka jangan engkau memandang orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan.
Boleh jadi orang yang tertidur, tidak berpuasa dan tidak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu.
Beliau juga mengatakan:
وإنك أن تبيت نائماً وتصبح نادماً خير من أن تبيت قائماً وتُصبح معجباً ، فإنَّ المُعجَب لا يصعد له عمل
Sesungguhnya engkau tertidur di malam hari lalu menyesal di pagi harinya lebih baik daripada engkau terjaga beribadah di malam hari lalu berbangga di pagi harinya. Kerana orang yang bangga diri, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah.

Cure



"وَاشْفِ أَنْتَ الشّافِي لا شِفَاءَ إلا شِفَاؤُك".

".And cure us for You are the Curer, there is no cure but Your cure"
  [Saheeh Al-Bukhaaree and Saheeh Muslim].

‘Abdulrahman as-Sa’di (may Allah have mercy on him) likewise shows that we should not rely too much on medicine as though it is the only remedy that can cure us. Rather Allah has made a cure in other aspects that we may not even realise. For example, the story of Yusuf’s u father who was given a piece of clothing from Yusuf uWhen Yusuf’s u father smelt his son’s fragrance, he regained his eyesight and he was cured. The fragrance of Yusuf was a cure for his father’s eyesight. Allah was able to cure Yusuf’s u father without a reason but Allah is All-Wise. Similar to this is the story of Ayub u whereby no medication or doctors were able to cure his skin condition. Allah ordered him to hit the ground hard with his foot such that pure water would gush out. Allah then ordered him to drink from it and have a bath from that water. So Allah removed the harm internally and externally from him and Ayub u was cured. Therefore, Allah cures His servants by either clear, apparent reasons such as medication or by other not so apparent reasons that even the human intellect cannot comprehend.

Source : http://www.healthmeanswealth.co.uk/Allah_is_the_Curer.php
Ustaz muhadir joll kata kalau boleh hafal hadis ni. Kalau orang tu tanya psl bidaah2 ni bolehla bg hadis ni...insyaAllah huhu 

nasihat ustaz lg..kalau dia tak setuju dengan kita atas perkara yang betul ,Biarkan dia,Jgn paksa dia terima. Jangan sampai bermasam muka dan nak membidaahkn org.